Monday 6 December 2010

ya ALLAH, kau GENTARKANLAH hati MEREKA...





Ya Allah, Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka....

Friday 3 December 2010

kemajuan dan pemodenan??

Cara hidup yang mengandungi unsur-unsur barat juga menjadikan umat islam menerima cara hidup orang-orang barat sebagai satu perkara yang biasa. Istilah yang digunakan untuk menghalalkan perkara ini adalah kemajuan dan pemodenan namun secara beransur-ansur nilai-nilai islam semakin luput dan berlakulah penyerapan nilai-nilai asing dalam cara hidup dan pergaulan seorang "islam". Hari ini, pergaulan bebas antara teruna dan dara yang belum berkahwin sudah menjadi satu perkara yang biasa dan bertabarruj dianggap sesuatu yang tidak jelek lagi.

Perkara ini sering diperkatakan sebagai satu kemajuan dan pemodenan walaupun bercanggah dengan syarak oleh kebanyakan umat islam pada masa kini. Istilah-istilah dan penerimaan masyarakat tehadap perkara ini hanyalah satu kata-kata kosong sahaja dan lebih menyadihkan lagi apabila ianya tidak sedikit pun merubah hakikat keharaman perkara tersebut di sisi syariat islam , sabda rasulullah s.a.w :

"mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi suatu kaum lelaki (laki-laki ajnabi) agar mereka tercium bau harumnya, dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata (yang memandang) itu berzina"
                                    (Ahmad, Tabrani,Baihaqi, Al-hakim)

 
TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT, SINGKAT DAN KETAT SERTA BAU-BAUAN.
 
APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH
MANA SATU PILIHAN ANDA ?









Friday 12 November 2010

KEMUSNAHAN KAABAH PADA AKHIR ZAMAN..
Terdapat beberapa hadith dan athar mengenai kemusnahan kaabah pada akhir zaman, antaranya :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kaabah akan dimusnahkan oleh Zul-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) dari Habsyah(kini Ethopia).
(al-Bukhari no.1591)

Daripada Ali r.a berkata : "Lakukanlah tawaf dirumah(kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang daripada melakukannya. Seolah-olah aku dapat melihatnya(seorang lelaki dari Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil menghancurkanya(kaabah) dengan cangkulnya".
(al-Fakihi,akhbar Makkah 1/194 no313(sanadnya sahih),
dan Fath al-Bari 3/358).

 Oleh Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: "seolah-olah aku dapat melihatnya, hitam dan berkaki tempang. Dia meruntuhkan batunya(Kaabah) satu persatu".
(al-Bukhari no.1595)

RUJUKAN: Solusi10 m/s 33

untukmu SAHABATKU....

sahabatku, diri ini memohon sepuluh jari memohon maaf sekiranya coretan ini mengandungi kata-kata yang menyakitkan hatimu. Diri ini percaya yang dikau akan melungsuri lelaman ini, lalu diri ini mengambil kesempatan untuk mencoretkan kata kata yang membina khas untumu, sekiranya ada insan yang lain membaca ambillah ikhtibar darinya. Daku hanyalah ingin melihat sahabatku yang lain berbahagia dan menjalani perjalanan kehidupan dengan lapang dada dan ketenangan jiwa dan menjalani kehidupan lebih bermakna. Walaupun suratan takdir ditangan Allah. Sebagai makhluk Allah kita hanya merancang tapi segala segalanya Ditentukan oleh Allah.

Firman Allah dlm surah Al Bayyinah ayat 8 “ Allah redha pada orang orang yang redha kepada takdirnya dan mereka redha juga kepada Allah swt”

Apa yang telah ditakdirkan, kita hanyalah boleh bersabar dan sekiranya penderitaan keperitan kita hanyalah boleh sabar menanggungnya. Kerana sabar adalah ibarat ubat yang sangat pahit, tidak sedap rasanya untuk diminum tetapi banyak manfaatnya, mendatangkan segala kemanfaatannya dan menolak segala mudarat. Biarlah pahit satu jam, namun akan menjadi sihat dalam setahun.

Ku ingin mengambil kesempatan mengiring doa agar dirimu disana menenemui ketenangan dan berbahagia. Diiringi doa keselamatan, sihat walaafiat, semoga dipertemukan dikau apa yang dikau hajati. Janganlah berpaling kebelakang itu nasihat yang dapat ku berikan, sebagai teman daku prihatin diatas apa yang berlaku dan daku hanyalah ingin memberikan semangat untuk dikau terus maju kehadapan dan membuat keputusan yang bijaksana. Sahabatku, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi temanku walaupun untuk seketika, terima kasih atas segala nasihat,pandangan dan idea yang telah kau curahkan....
terima kasih sahabatku atas segalanya....

Monday 8 November 2010

GEJALA MURTAD : LEMAHNYA KERAJAAN...

Peritiwa Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987 merupakan TITIK TOLAK kepada dakyah TERANG TERANGAN Kristian setelah sekian lama BERSELINDUNG disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah MENDAKWA Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan MENYEBARKAN dakyah Kristian. Sehingga TARIKH dia DIBERKAS, ENAM orang ISLAM telah BERJAYA dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan UNDANG-UNDANG kebebasan beragama untuk MELEPASKAN DIRI dari lokap ISA. PEMIMPIN KRISTIAN melayu tersebut DIBEBASKAN sedangkan ramai PEJUANG-PEJUANG gerakan ISLAM Malaysia DITANGKAP atas alasan MENGGUGAT keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah GUGURNYA asy-Syahiid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya. Sekarang kita lihat DIMANAKAH KEADILAN? DIMANAKAH HAK ASASI umat ISLAM? Pendakwah KRISTIAN DIBEBASKAN dan Pemimpin ISLAM DITANGKAP tanpa bicara. ITUKAH keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta SETELAH kemerdekaan, ITUKAH nilai KEMERDEKAAN orang ISLAM?

Gambar 1: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42
.
BELUM HABIS dengan masalah Jeshua Othman, umat ISLAM di Malaysia DIKEJUTKAN pula dengan kes MURTAD NOR AISHAH BOKHARI, yang BERKAHWIN LARI dengan seorang pemuda BUKAN ISLAM (sila rujuk gambar 2). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?

Gambar 2 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum PERUNDANGAN ISLAM DIPORAK-PERANDAKAN oleh tangan-tangan KAFIR, sekarang kita dapat melihat bilangan yang BEGITU BANYAK umat Islam yang MENINGGALKAN SOLAT, dan inilah antara FAKTOR yang MELEBARKAN lagi gejala MURTAD di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa PERBEZAAN antara seorang MUSLIM dan seorang KAFIR dari segi amalannya ialah SOLAT. Jadi apakah BEZANYA di antara MUSLIM yang ENGGAN BERSOLAT dengan yang KAFIR? INILAH perkara PERTAMA yang umat Islam PERLU fikirkan SEBELUM kita bicarakan CARA-CARA menyekat gejala MURTAD....
wallahualam...

p/s : aku da bosan tengok saudara-saudara seislam aku yg murtad, COME ON la KERAJAAN, amik la ckt langkah yang PROAKTIF, BUKAN langkah yang HIPOKRIT.

Sunday 31 October 2010

YAHUDI YANG "COMEL"


1.PALING KERAS PERMUSUHAN DENGAN AGAMA ISLAM
pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang  beriman, ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik... ( QS al maidah [5] : 82) 

dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka...( QS al baqarah [2] : 120)


2.MEMBUNUH ADALAH PERKARA BIASA
dan (kami hukum juga) kerana ucapan mereka, "sesungguhnya kami telah membunuh al-masih, 'isa putra maryam, rasul allah.".... ( QS an nisaa [4] : 157) 



3.YAHUDI ADALAH BANGSA YANG PENAKUT
wahai kaumku! masuklah ke tanah suci (palestina) yang telah ditentukan allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik kebelakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi rugi.

mereka berkata, "wahai musa! sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang sangat kuat dan kejam, kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar darinya.jika mereka keluar ke sana, nescaya kami akan masuk."


berkatalah dua orang laki-laki diantara mereka bertakwa, yang telah diberi nikmat oleh allah, "serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertawakkallah kamu hanya kepada allah,jika kamu orang-orang yang beriman."


mereka berkata, "wahai musa! sampai kapan pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih di dalamnya, kerana itu pergilah engkau berperang bersama-sama tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Biarkanlah kami tetap (menanti) di sini saja." ( QS al maidah [5] : 21-24) 



4.KERAS KEPALA DAN MENGHALALKAN SEGALA CARA
kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar darinya. Ada pula yang terbelah dua lalu keluarlah air daripadanya.... ( QS al baqarah [2] : 74) 





5."PINTAR" PUTAR BELIT FAKTA"
mengapakah kamu (muslimin) sangat mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, sedangkan segolongan dari mereka mendengar firman allah, lalu mereka mengubahnya setelah memahaminya, padahal mereka mengetahuinya? ( QS al baqarah [2] : 75) 

maka celakalah orang-orang yang menulis kitab dengan tangan mereka (sendiri) kemudian berkata, "ini dari allah," (dengan maksud) untuk menjualnya dengan harga yang murah. Maka celakalah mereka, kerana tulisan tangan mereka, dan celakalah mereka kerana apa yang mereka perbuat.          ( QS al baqarah [2] : 79)


6.SUKA INGKARI PERINTAH ALLAH
dan (ingatlah) ketika kami mengambil janji kamu dan kami angkat gunung (sinai) di atasmu (seraya berfirman), "pegang teguhlah apa yang kami berikan kepadamu  dan dengarkanlah!" mereka menjawab, "kami mendengarkan tetapi kami tidak mentaati." dan diserapkanlah ke dalam hati mereka itu (kecintaan menyembah patung) anak sapi kerana kekafiran mereka. katakanlah, "sangat buruk apa yang diperintahkan oleh kepercayaanmu kepadamu jika kamu orang-orang yang beriman!"  ( QS al baqarah [2] : 93) 




P/S: KALO NAK DIIKUTKAN SEBENARNYE BANYAK LAGI "KEBIJAKSANAAN" ISRAEL NIE TAPI RSENYE CUKUP LA SETAKAT NIE DULU.. .
KALO NAK LEBIH LAGI BOLEH GI KAT LINK NIE: http://www.scribd.com/doc/9702010/76-karakter-yahudi-dalam-alquran
SEMOGA BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR....
WALLAHUALAM...

Thursday 28 October 2010

JIHAD KITA...







Lihatlah contoh perang Badar, Yarmuk dan lain-lain memberi gambaran akan teguhnya tugu keimanan orang Islam dan tidak gentar dengan musuh yang akhirnya membuktikan kemenangan adalah datang dari Allah. Cuba kita amati kata-kata Saidina Omar kepada tentera-tentera Islam …. “sesungguhnya kemenangan tentera Islam adalah disebabkan maksiat tentera musuh kepada Allah. Jika tidak, kita tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk menewaskan mereka. Kerana bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Oleh itu, jika taraf maksiat kita sama sahaja dengan mereka, mereka memilikki kelebihan kekuatan berbanding kita. Jika kita tidak mampu menewaskan mereka dengan kelebihan akhlak kita, kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita…”. Jangan sekali-kali kita lupa senjata taat, takwa, iman, doa dan semangat jihad.


Jika semangat jihad yang rapuh dan mudah kalah sebelum masuk gelanggang ini ditanamkan dalam diri dan jiwa umat Islam, maka amat mudahlah musuh-musuh Islam mengambil kesempatan. Kita mesti meniup semangat jihad dalam jiwa dari semua kalangan orang Islam dengan satu keyakinan – kekuasaan mutlak adalah milik Allah dan keyakinan teguh kita akan janji-janji Allah. Sekiranya semua manusia mengumpulkan balatentera yang ada di dunia ini, dan hendak menyerang kita tetapi jika tidak dibenarkan Allah, ia tidak akan berlaku.


Jangan biarkan muslihat Israel yang cuba mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka, kecederaan dan pembunuhan dahsyat anak-anak kecil, kelaparan dan kemusnahan, melemahkan semangat jihad kita dan yakin kita kepada Allah. Inilah yang mahu dilakukan oleh musuh Islam dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan muslihat mereka.
Bangunkan generasi ini menjadi generasi Al-Quran dan bangkitkan semangat jihad, tiupkan kata-kata peransang kepada anak-anak kita akan kehebatan Salahuddin Ayubi; semoga ada di kalangan mereka nanti yang akan bangkit seperti Salahuddin yang akan membebaskan al-Aqsa dan membebaskan pemikiran orang Islam dari belenggu kebaculan dan kerapuhan iman, Ameen!





Monday 25 October 2010

MUHASABAH DIRI SEBELUM KAWIN!!!

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

p/s: sebenarnye article nie aku "rembat" dari fb mne ntah, x smpat nk copy link da trtutup page die nk cari balik malas plk..so kalo tuannye terbaca article nie mintak maaf bnyk2 ye anak cucu pinjam jap...
hahahaha 

SABAR.....

1. Sabar sebagai penolong bagi orang beriman
Jadikanlah sabar dan shalat itu sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (QS. 2:45)

2. Sabar adalah cara untuk bahagia
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155)

3. Sabar adalah rezeki dari Allah
Tatkala Jalut dan tentaranya telah tampak oleh mereka, merekapun berdo’a:”Ya Tuhan kami, berikanlah  kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir”. (QS. 2:250)

4. Sabar untuk menghindarkan diri dari tipu muslihat
Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (QS. 3:120)

5. Bekal untuk berjuang di jalan Allah
Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama dengan mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (QS. 3:146)

6.  Urusan atau tindakan yang paling utama
Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (QS. 3:186)

7. Saluran untuk mendapat ampunan dan pahala yang besar
Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal shaleh; mereka itu memperoleh ampunan dan pahala yang besar. (QS. 11:11)

Friday 22 October 2010

BAGAIMANA SAF KITA....






Al-Nu’man bin Bashir telah berkata :
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”
(Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan  al-Tarmidzi)

Daripada Abu Masud, katanya:
Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah.”
(Hadith Riwayat Muslim)



Senario masyarakat yang dapat  kita perhatikan pada saf-saf solat di masjid-masjid mahupun di surau-surau di sekeliling kita jauh sekali dari apa yang diperintahkan Rasul tercinta. Seringkali apabila solat berjemaah, kelihatanlah ruang-ruang antara bahu dan bahu dan kaki-kaki antara jemaah di sebelah seolah-olah solat sendirian. Perhatikan gambar yang dipaparkan di atas inilah realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada juga diperhatikan apabila dibentangkan sejadah maka sejadah itu hanya untuk dirinya.
 Jika jemaah di sebelah ingin rapat padanya, maka kelihatan rasa tidak puas hati terpamer di wajah. Mungkin rasa rimas apabila jemaah yang lain terlalu rapat dengannya. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.jika solat jemaah yang dilaksanakan tidak menepati apa yang diperintahkan Rasulullah bukankah sudah terputus saf solat dan akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah.

Thursday 21 October 2010



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA


p/s: di saat ini tiada yang lebih mengharukan hatiku apabila melihat team viva palestina malaysia 5 (vpm5) berjaya masuk ke gaza.....
alhamdulillah..termakbul juga doa kami terima kasih ya allah

untukmu kekasihku...




Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah akhir zaman ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita".

Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Tuesday 19 October 2010

alahai PEROKOK....


 
Yusuf Qardawi dalam Fatawa Muasirat berkata, “Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum iaitu makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya.”
Oleh itu, kita perlu berusaha untuk membuang tabiat buruk ini atas beberapa sebab :
1. Rokok Adalah ‘Khabaith.’
2. Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan.
3. Rokok Memudaratkan Orang Lain.
4. Rokok Menyebabkan Pembaziran.
5. Rokok Menguntungkan Musuh.
6. Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya.

Realitinya, jika kita berkata kepada orang yang gemar merokok bahawa merokok itu mengancam nyawa mereka serta orang yang berada disekeliling nescaya mereka akan memberikan banyak alasan untuk meng'halal'kan rokok. Secara tidak langsung, perbuatan meng'halal'kan rokok itu telah menunjukkan bahwa dia sendiri menjadi duta kepada si pencipta rokok ini (siapa lagi kalo bkn si israel laknatullah)...
agak menggelikan juga hati apabila ada orang yang sering bercakap tentang palestin, nk gi berjihad kt palestin jika diberi peluang pastu nk kalahkan tentera israel akan tetapi still ade sebatang rokok yang melekat di mulutnya. Cuba kite muhasabah diri, sedangkan sekecil-kecil jihad (berhenti merokok, dll) pn kita tidak mampu untuk melakukannya inikan pula hendak berjihad dengan menggunakan senjata untuk berperang di palestin....
wallahualam....

Friday 15 October 2010


Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin semasa student, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita. Sebaliknya jika kita berkahwin dalam usia lanjut mungkin ada hikmah yang terkandung di dalamnya. Bila sebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunah. Mengapa perlu menidakkannya? Tak kira pada usia berapa pun, kita perlu menegakkan sunah itu.
Berkahwin waktu bergelar student...hmmm...tak de ape pun yg pelik pasal perkara nie, sebab da ramai da student-student yang buat..
pada pandangan saya,jika pasangan itu benar-benar bersedia utk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di samping mampu dari segi kewangan,kahwinlah walaupun ketika masih belajar...TETAPI..pastikan niat kita utk berkahwin itu betul..jangan semata-mata berkahwin utk menghalalkan hubungan suami isteri kerana sesungguhnya ikatan perkahwinan adalah lebih dari itu bahkan terlalu suci didalam agama islam..
tapi pesanan kepada mereka yang masih ragu-ragu akan kemampuan diri sendiri jika tidak mampu untuk menghadapi pro jangan berani-berani untuk menjengah kontranya....
menurut satu kajian, pasangan yg kahwin awal sewaktu bergelar pelajar biasanya lebih matang & bertanggungjawab berbanding pelajar2 lain yg single...mereka biasanya lebih serius dengan pelajaran & kurang membuang masa mlakukan perkara2 yg tdk berfaedah....
Dan yang lebih penting ialah mereka terhindar drpd terjebak dgn perkara2 maksiat yg amat berleluasa skrg ni, ini secara tak langsung akan membuatkan hati mereka terjaga dari terjebak dengan budaya barat seperti couple..
ada gak sesetengah orang yang menentang perkahwinan sewaktu bergelar pelajar especialy golongan ibu bapa dengan alasan seperti tak cukup matang la, sumber kewangan tak menentu,dan lain-lain lagi..
Sebenarnya positif atau negatifnya berkahwin sewaktu bergelar student ini bergantung kepada persepsi anda, jika anda memandangnya sebagai suatu perkara yang positif, sudah tentu ianya akan menjadi positif, begitu juga sebaliknya.Kesimpulannya sesuatu perkara itu akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan.
wallahualam...
p/s: tidak ada yang perfect di atas muka bumi nie selain dari allah, sebelum buat keputusan untuk kahwin buat la solat istikharah untuk memohon petunjuk,pastu buat la keputusan yang dirasakan terbaik..

Tuesday 12 October 2010

agak menyedihkan apabila melihat orang-orang islam masa kini yang lebih cenderung ke arah budaya kafir bahkan hampir tiada beza dengan budaya barat yang diadaptasi dari zaman jahiliyah. malahan tidak cukup setakat itu, hampir semua perkara dalam kehidupan seorang manusia bergelar islam menyerupai mereka. Dari aspek perbualan seharian hinggalah ke majlis keramaian dan majlis kematian, semuanya mengikut acuan masyarakat jahiliyah moden. Lebih menyayat hati apabila melihat orang-orang islam yang terdidik dan membesar dalam keluarga islam lebih dahsyat lagi mempromosikan maksiat serta perkara-perkara keji lagi hina dihadapan jiran mereka yang bukan beragama islam tanpa memikirkan apakah kesan negatif dari perbuatan tersebut. jika hal ini berlarutan maka tidak hairanlah agama islam ini sering disalah ertikan oleh sesetengah orang yang bukan islam sedangkan mereka belum lagi mengkaji kebaikan agama islam.
Ringkasnya, hampir setiap sudut dalam kehidupan kita terbukti bercanggah dengan apa yang diajar oleh agama islam. benarkah apa yang diperkatakan oleh nabi muhammad s.a.w pada 1400 tahun dahulu yang umat islam akan mengikuti jejak langkah yahudi dan nasrani sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sampai lubang biawak pun umat islam akan ikuti...
terserah sendiri untuk renungan pembaca..
wallahualam....

Wednesday 6 October 2010

PENGAJARAN untuk KITA...



Semoga kisah di bawah ini akan menjadikan kita insaf dan menjadi pelajaran untuk kita semua, InsyaAllah...
Hari berganti hari.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung denga n lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapatku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.
Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Asyhaduallailahaillallah........."
ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan suara ibu, yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah mendidikku sedari kecil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"
Aku amati suara abang yang mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Wahai abangku,datanglah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
akan tetapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!,Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."
Tolonglah adikmu ini wahai abangku….tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya terlalu rendah". sayup kedengaran suara doktor.
Ibu hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya kita akan berpisah.
Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah aku.
"Yassin......".
bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan bacaan yassin???
Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!
Aku di ambang sakaratul maut......
Sedetik lagi sakaratul maut datang….
Sedetik lagi izrail datang….
Sedetik lagi malaikat maut datang…
Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Nafas didadaku semakin sendat dan tegang nafas di dada. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".
Tapi rintihanku tidak di pedulikan, aku di lambung resah,gelisah dan
penuh kesah. Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga,haus,panas........".
tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang….
"Nenek...........".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??”
“kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya…
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.”
“Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
“Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? kenapa kau berubahlaku??
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??”
"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku aku pasti Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang…
"Mari ikut kami".
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya:
"Mari ikut kami".
cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .
"Apa ini,apa ini?.”
“Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk, dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".
Aku tersentak. Rohku berselerak di dalam tubuhku,lalu….
innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah
bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?” “Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.
Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......
jijik,loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya…..
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak”,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".
Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.
Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.
Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.
Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.
tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.
Apa yang aku harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.
Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.
Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus”
“Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!”
“Kenapa ramai orang melihat aku???”
“Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?”
“Tolong aku rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.
Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.
Tapi kenapa aku di sembahyangkan? bukankah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
“Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
Aku diusung setapak demi setapak.
"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.
Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.Tapi,kemana dia bawanya aku?.
Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.
Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.
"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.
"Tolong keluarkan aku dari sini!!! aku seram, aku takut!!!".
Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.
Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?,Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......”
“Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.
"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,”
“ siratulmustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.
Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit
demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.
Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang!!!.”
“Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!”
"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."
P.S: Cuma teringat pesan seorang Ustaz yang memberi ceramah sewaktu kecil dahulu menyebut terdapat tafsiran Al-Quran yang bermaksud jika kamu bersyukur akan nikmat Ku, akan Ku tambah lagi dan jika engkau kufur ingatlah azab Ku amat pedih....
Wallahualam……
Semoga menjadi pedoman buat kita semua.