Friday 12 November 2010

KEMUSNAHAN KAABAH PADA AKHIR ZAMAN..
Terdapat beberapa hadith dan athar mengenai kemusnahan kaabah pada akhir zaman, antaranya :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kaabah akan dimusnahkan oleh Zul-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) dari Habsyah(kini Ethopia).
(al-Bukhari no.1591)

Daripada Ali r.a berkata : "Lakukanlah tawaf dirumah(kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang daripada melakukannya. Seolah-olah aku dapat melihatnya(seorang lelaki dari Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil menghancurkanya(kaabah) dengan cangkulnya".
(al-Fakihi,akhbar Makkah 1/194 no313(sanadnya sahih),
dan Fath al-Bari 3/358).

 Oleh Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: "seolah-olah aku dapat melihatnya, hitam dan berkaki tempang. Dia meruntuhkan batunya(Kaabah) satu persatu".
(al-Bukhari no.1595)

RUJUKAN: Solusi10 m/s 33

untukmu SAHABATKU....

sahabatku, diri ini memohon sepuluh jari memohon maaf sekiranya coretan ini mengandungi kata-kata yang menyakitkan hatimu. Diri ini percaya yang dikau akan melungsuri lelaman ini, lalu diri ini mengambil kesempatan untuk mencoretkan kata kata yang membina khas untumu, sekiranya ada insan yang lain membaca ambillah ikhtibar darinya. Daku hanyalah ingin melihat sahabatku yang lain berbahagia dan menjalani perjalanan kehidupan dengan lapang dada dan ketenangan jiwa dan menjalani kehidupan lebih bermakna. Walaupun suratan takdir ditangan Allah. Sebagai makhluk Allah kita hanya merancang tapi segala segalanya Ditentukan oleh Allah.

Firman Allah dlm surah Al Bayyinah ayat 8 “ Allah redha pada orang orang yang redha kepada takdirnya dan mereka redha juga kepada Allah swt”

Apa yang telah ditakdirkan, kita hanyalah boleh bersabar dan sekiranya penderitaan keperitan kita hanyalah boleh sabar menanggungnya. Kerana sabar adalah ibarat ubat yang sangat pahit, tidak sedap rasanya untuk diminum tetapi banyak manfaatnya, mendatangkan segala kemanfaatannya dan menolak segala mudarat. Biarlah pahit satu jam, namun akan menjadi sihat dalam setahun.

Ku ingin mengambil kesempatan mengiring doa agar dirimu disana menenemui ketenangan dan berbahagia. Diiringi doa keselamatan, sihat walaafiat, semoga dipertemukan dikau apa yang dikau hajati. Janganlah berpaling kebelakang itu nasihat yang dapat ku berikan, sebagai teman daku prihatin diatas apa yang berlaku dan daku hanyalah ingin memberikan semangat untuk dikau terus maju kehadapan dan membuat keputusan yang bijaksana. Sahabatku, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi temanku walaupun untuk seketika, terima kasih atas segala nasihat,pandangan dan idea yang telah kau curahkan....
terima kasih sahabatku atas segalanya....

Monday 8 November 2010

GEJALA MURTAD : LEMAHNYA KERAJAAN...

Peritiwa Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987 merupakan TITIK TOLAK kepada dakyah TERANG TERANGAN Kristian setelah sekian lama BERSELINDUNG disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah MENDAKWA Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan MENYEBARKAN dakyah Kristian. Sehingga TARIKH dia DIBERKAS, ENAM orang ISLAM telah BERJAYA dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan UNDANG-UNDANG kebebasan beragama untuk MELEPASKAN DIRI dari lokap ISA. PEMIMPIN KRISTIAN melayu tersebut DIBEBASKAN sedangkan ramai PEJUANG-PEJUANG gerakan ISLAM Malaysia DITANGKAP atas alasan MENGGUGAT keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah GUGURNYA asy-Syahiid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya. Sekarang kita lihat DIMANAKAH KEADILAN? DIMANAKAH HAK ASASI umat ISLAM? Pendakwah KRISTIAN DIBEBASKAN dan Pemimpin ISLAM DITANGKAP tanpa bicara. ITUKAH keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta SETELAH kemerdekaan, ITUKAH nilai KEMERDEKAAN orang ISLAM?

Gambar 1: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42
.
BELUM HABIS dengan masalah Jeshua Othman, umat ISLAM di Malaysia DIKEJUTKAN pula dengan kes MURTAD NOR AISHAH BOKHARI, yang BERKAHWIN LARI dengan seorang pemuda BUKAN ISLAM (sila rujuk gambar 2). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?

Gambar 2 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum PERUNDANGAN ISLAM DIPORAK-PERANDAKAN oleh tangan-tangan KAFIR, sekarang kita dapat melihat bilangan yang BEGITU BANYAK umat Islam yang MENINGGALKAN SOLAT, dan inilah antara FAKTOR yang MELEBARKAN lagi gejala MURTAD di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa PERBEZAAN antara seorang MUSLIM dan seorang KAFIR dari segi amalannya ialah SOLAT. Jadi apakah BEZANYA di antara MUSLIM yang ENGGAN BERSOLAT dengan yang KAFIR? INILAH perkara PERTAMA yang umat Islam PERLU fikirkan SEBELUM kita bicarakan CARA-CARA menyekat gejala MURTAD....
wallahualam...

p/s : aku da bosan tengok saudara-saudara seislam aku yg murtad, COME ON la KERAJAAN, amik la ckt langkah yang PROAKTIF, BUKAN langkah yang HIPOKRIT.