Monday 6 December 2010

ya ALLAH, kau GENTARKANLAH hati MEREKA...





Ya Allah, Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka....

Friday 3 December 2010

kemajuan dan pemodenan??

Cara hidup yang mengandungi unsur-unsur barat juga menjadikan umat islam menerima cara hidup orang-orang barat sebagai satu perkara yang biasa. Istilah yang digunakan untuk menghalalkan perkara ini adalah kemajuan dan pemodenan namun secara beransur-ansur nilai-nilai islam semakin luput dan berlakulah penyerapan nilai-nilai asing dalam cara hidup dan pergaulan seorang "islam". Hari ini, pergaulan bebas antara teruna dan dara yang belum berkahwin sudah menjadi satu perkara yang biasa dan bertabarruj dianggap sesuatu yang tidak jelek lagi.

Perkara ini sering diperkatakan sebagai satu kemajuan dan pemodenan walaupun bercanggah dengan syarak oleh kebanyakan umat islam pada masa kini. Istilah-istilah dan penerimaan masyarakat tehadap perkara ini hanyalah satu kata-kata kosong sahaja dan lebih menyadihkan lagi apabila ianya tidak sedikit pun merubah hakikat keharaman perkara tersebut di sisi syariat islam , sabda rasulullah s.a.w :

"mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi suatu kaum lelaki (laki-laki ajnabi) agar mereka tercium bau harumnya, dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata (yang memandang) itu berzina"
                                    (Ahmad, Tabrani,Baihaqi, Al-hakim)

 
TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT, SINGKAT DAN KETAT SERTA BAU-BAUAN.
 
APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH
MANA SATU PILIHAN ANDA ?