Tuesday 20 December 2011

REALITI PEMUDA PEMUDI MALAYSIA

Ketika Justin Bieber datang mengadakan konsertnya di Malaysia, dianggarkan 17,000 penonton memenuhi stadium Negara. Ribuan peminat khususnya remaja menyaksikan konsert tersebut. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam. Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau. Hebat sungguh remaja Malaysia nie, 17,000 orang memenuhi stadium berbanding konsert Justin Bieber di Indonesia yang hanya berjaya menarik kehadiran peminat sekitar 10 ribu sahaja. Lihatlah bagaimana pemuda-pemudi kita dengan senang terjerumus ke dalam kancah hiburan sehingga dilalaikan dari masalah umat.

Bagaimana dengan pemuda Palestin?

Bagi pemuda Palestin, khususnya yang di Gaza, jangankan untuk menonton Justin Bieber, membicarakannya saja mungkin sudah tidak ada waktu. Sampai sekarang mereka masih sibuk memperjuangkan tanah air dan masjid suci Al Aqsa dengan melawan kekejaman Israel yang terus melakukan onar di Palestin dalam pelbagai bentuk.

Sehari selepas konsert di Justin Bieber di Malaysia, ketika pemuda pemudi Malaysia dilanda histeria dan kepenatan menari dan menyanyi bersama Justin Bieber, pemuda Palestin sibuk “menyambut” ketibaan tentera Israel. Tindakan berani para pemuda Palestin ini terjadi sebagai aksi dendam mereka terhadap tentera Yahudi Israel dan warga penjajah yahudi yang mengganggu ketenteraman warga Palestin di Al-Quds.Situasi di atas hanyalah sekelumit kisah duka dan tegang yang dilalui oleh para pemuda Palestin.Di manakah kita waktu itu ?

Bagaimana pula dengan pemuda di Malaysia ?

Saat ini para pemuda islam malaysia sedang mengalami sindrom ‘trapped in a comfortable zone’. Kita terjebak dalam zon selesa sehingga terlalai, tidak sedar dengan apa yang sedang terjadi di dunia. Seringkali kita mendengar ucapan, “Alhamdulillah, untung kita hidup di Malaysia, aman damai saja”. Padahal satu muslim yang syahid kelak Allah akan meminta pertanggungjawaban kita sebagai seorang saudaranya. Bukankah muslim itu seperti satu tubuh? Yang jika satu bahagian sakit, maka bahagian yang lainnya akan ikut merasakannya?

Mana perginya semua pemuda islam ? Bandingkan dengan pemuda pada masa silam. Ketika Imam Syafi’i yang menjadi seorang hafidz Al-Quran dalam usia belasan tahun, ketika Al-Fatih yang menaklukan Konstantinopel pada usia 21 tahun, ketika Ibnu Sina yang sudah mempelajari ilmu kedoktoran pada usia 16 tahun, Abdullah ibn Umar saat berusia 15 tahun menawar diri untuk menyertai perang Khandak, Hasan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid telah memimpin pasukan besar pada usia 18 tahun. Bacalah bagaimana para pemuda Palestin mempersiapkan diri mereka untuk jihad membebaskan Palestin dan Al Quds.

Jika beginilah keadaannya, dalam keadaan aman pun kita telah dihanyutkan dengan ombak hiburan, tidak dapat dibayangkan bagaimana pula jika tiba saatnya semboyan jihad dipalu, nescaya makin ramai la yang menjadi tali barut dalam perjuangan membebaskan negara sendiri. Wahai pemuda ! ayuhlah rapatkan barisan berjemaah !!

wallahualam...sekadar peringatan untuk diri sendiri agar tidak larut dalam kancah cintakan dunia yang semakin menebal dalam jiwa pemuda masa kini

Thursday 15 December 2011

wahai wanita berilah diri kalian satu peluang...



Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
 (Riwayat Muslim no. 3971)
Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)




Yang selalu aku tengok ramai para kakak pada hari ini yang berumur 20 tahun memakai baju adiknya yang berumur 9 tahun, waduh x rasa macam nangka busuk yang dikerumuni lalat ke ??.

Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.....

Terus terang la aku katakan sebagai seorang lelaki, nafsu lelaki hanya akan memandang hanya pada fizikal kalian dan bukan pada agama yang kalian miliki. Abis seksi sepah dibuang dalam tong sampah je. Bila kalian berpakaian camtu, sebenarnya mendedahkan diri kalian sendiri kepada kejahatan dan segala macam bahaya secara x langsung merendahkan martabat kalian sendiri sedangkan  islam meninggikan martabat kaum wanita, mengapakah kalian nak merendahkan martabat kalian yang dipandang tinggi oleh islam ???
Setau aku hanya agama yang akan menyelamatkan seseorang tu dan bukannya bentuk badan korang tu percaya lah lelaki nie akan lebih menghargai perempuan yang memelihara agamanya sahaja...





Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya

Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli


Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan

Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami

Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia

Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya 

Album : Pelita Hidup IV
Penyanyi : Hijjaz

p/s : aku minta maaf kepada wanita yang membaca jika ada diantara kalian yang terasa hati dengan post aku kali nie, kepala aku da tak mampu nak terima lagi perkara nie tambahan pulak bile tengok surat khabar kosmo yang bertarikh 16 disember 2011

Thursday 10 November 2011

11.11.11...mana letaknya pegangan kita??

Bersempena dengan tarikh hari nie, sebenarnya pening gak kepala nie bila tengok orang islam zaman sekarang nie yang terlalu agungkan sangat nombor yang kononnya menarik perhatian mereka.Sebelum ni pun dah banyak kali aku mendengar mengenai cakap2 mengenai nombor especially mereka yang beragama islam yang majoritinya berbangsa melayu. Begitu juga nombor plat kereta. Ada gak yang bila ditanya kenapa pilih nombor2 yang camtu? maka dijawabnya sebab nk dapatkan ong@tuah.

Apa yang aku pelik, kenapa perlu kita berkiblatkan kepercayaan kaum lain? Kenapa tidak kita tidak menggunakan Al-Qur'an ker, Hadis ker, Kitab2 oleh para ulamak & ilmuan islam ker dalam sesuatu yang bersangkut paut dengan kehidupan seharian kita.Yang peliknya, kalo tarikh yang indah dalam kalender hijrah tak nak pulak diorg gunakan, kat sini je da menampakkan yang minda kita semua telahpun dijajah dengan sangat teruk. KITA UMAT ISLAM PERLULAH SEDAR BAHAWA KITA SEMUA HIDUP DALAM SISTEM YANG MAJORITINYA BERPAKSIKAN DAJJAL, MAKA JANGALAH SAMPAI TERPENGARUH SEHINGGA INGIN BERORIENTASIKAN CARA HIDUP DAJJAL PULAK. 

Secara peribadi pun aku rasakan tidak salah jika kita hanya berminat sahaja. Mungkin tarikh itu kebetulan dengan tarikh lahir kita, atau keluarga yang mana untuk kita mudah mengingati angka tersebut. Tetapi dengan mengiktikadkan dalam hati bahawa nombor itu bertuah, nombor itu malang adalah salah rasanya kepercayaan tersebut.Sekiranya terus berada dalam keadaan begini macam mana umat islam nak maju?????????
ASTAGHFIRULLAH..... 

p/s : minta maaf banyak2 hari nie emosional ckit....

Saturday 5 November 2011

ORANG ISLAM MEMERANGI YAHUDI



Tidak akan berlaku kiamat sehingga umat islam berperang dengan orang-orang yahudi (di sebuah tempat)...

Area2 umah aku nie ade satu masjid.Yang istimewanya sebab setiap kali isya' akan ada je tazkirah yang disampaikan oleh certain2 ustaz. walaupun x lama, tapi agak menyegarkan dan cukup memberi pengajaran yang amat berguna. Pada satu malam tu, ustaz nie bacakan satu hadith tentang yahudi laknatullah dari kitab hadith sahih riwayat Muslim dan Bukhari.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat islam berperang dengan orang-orang yahudi (di suatu tempat). Umat islam akam membunuh orang-orang yahudi sehinggalah apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu akan bersuara menjerit memanggil umat islam agar membunuh orang-orang yahudi, kecuali pokok "gharqad" kerana pokok ini adlah pokok yahudi."

Ustaz tu ade gak cerita yang orang-orang yahudi nie sangat takut dengan kebenaran hadith nie, sampaikan mereka telah menyediakan satu tapak yang luas bertujuan untuk penanaman pokok-pokok gharqad nie dan kini telah ditanam secara meluas di tanah Palestin. Bila fikirkan balik, agak gila jgk orang yahudi nie diorang menentang islam dan dalam masa yang sama percaya plk kesahihan hadith nie.



Bila balik umah aku pun bt la ckit research pasal hadith nie, sambil tu tergerak plk ati aku nie nak search pasal pokok gharqad nie.Agak banyak gak la web yang aku selongkar. sehinggalah aku terjumpa laman web kerajaan yahudi nie (http://www.jnf.org/). Dari maklumat yang aku dapat dari laman web nie, yahudi nie ada sediakan satu dana kebangsaan yang khas unutuk penanaman pokok nie (maknanya memang benar la kata-kata ustaz tu yang diorg nie sebenarnya memang penakut).




Bayangkanlah satu dana kebangsaan yang ditubuhkan semata-mata untuk mencari tanah tujuan penanaman pokok gharqad nie. Laman web yahudi nie juga kalo x silap aku da tanam hampir 220 juta pokok dan juga projek-projek lain. wallahualam, ape yang ditanam hampir 220 juta tu. tapi jika benarlah, maka mereka sebenarnya memang dalam ketakutan sekarang nie dan dalam masa yang sama diorg mengakui kebenaran islam walaupun mereka menentang islam.



 Palestine will never surrender, 
continue the war against them, my dear brothers !!!!

Thursday 27 October 2011

all about HUJAN....

Selepas seminggu panas mencengkam tanah yang subur ini, HUJAN akhirnya turun jua dengan ditemani angin kencang sekaligus menghilangkan bahang dalam badanku sehingga sejuk seram kaki ku dibuatnya.Bunyi HUJAN sungguh mendamaikan walaupun sesekali bunyi guruh membuatku sedikit ketakutan namun, itulah lumrah alam. Setiap yang Allah jadikan di atas muka bumi nie mesti ade pasangannya lelaki dengan perempuan, jantan dengan betina, begitu juga dengan HUJAN dan guruh dll....

HUJAN sememangnya rahmat dari Allah yang dihadiahkan kepada hambaNYA yang menumpang di atas muka bumi ini.Jika dilihat ayat2 dalam al-quran begitu banyak ayat yang menggambarkan tentang ciri2 hujan, tapi disini kita tadabbur satu ayat yang berkaitan dgn hujan....


"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)." (surah al-baqarah:22)

........Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.(Surah Al-Baqarah, Ayat 243)


Memang menjadi sifat manusia yang selalu tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat seperti yang ALLAH gambarkan dalam surah al-baqarah ayat 243. Kadang kala apabila cuaca panas kita minta HUJAN ,ALLAH maha pemurah, apabila DIA mendengar rintihan hambanya yang inginkan HUJAN maka DIA datangkan pula HUJAN akan tetapi setelah ALLAH mendatangkan HUJAN kita minta pula panas.......

"alamak!!! cmne aku nak gi kelas nie da la hujan lebat gile!!!!"

haish kawan aku yg sorang nie.....mengganggu betul aku nak bermonolog!!

wallahualam.....


Ya Allah! jadikanlah kami supaya sentiasa bersyukur akan nikmat pemberianmMu yang telah engkau kurniakan dan mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, masukkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh dan diajauhi dari golongan yang lalai dari peringatanMu ya Allah.




Wednesday 19 October 2011

Top 10 : Orang Terkaya Di dunia 2011



Majalah Forbes yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan nama manusia yang terkaya di dunia pada bulan mac 2011. Kekayaan ini ditentukan oleh nilai kekayaan dan juga nilai asset yang dimiliki oleh manusia tersebut. Kebanyakan orang kaya yang disenaraikan oleh Forbes adalah muka lama yang selama ini mendominasi carta lelaki terkaya. Disini saya akan memuatkan 10 manusia yang terkaya diatas muka bumi pada tahun 2011.







10. Mukes Ambani

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay,
                  Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children




9. Eike Batista

Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children





8. Amancio Ortega

Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children





7. Lakhsmi Mittal

Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta,Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children




6. Lawrence Ellison

Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children





5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children




4. Warren Buffett

Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University,
                  Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children







3. Bill Gates

Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children





2. Carlos Slim Helu

Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children





1. Orang yang bersolat

Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."
Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Sunday 11 September 2011

PESANAN IMAM AL-GHAZALI




6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Saturday 23 July 2011

CORETAN HATI SEORANG GURU GANTI....

hari ni jumaat,so maknanya nie hari terakhir aku kat sekolah ni...segala macam rasa ada sebab hari terakhir maknanya hari last jugak aku mengajar kat sekolah ni..rasa sedih jugak nak tinggalkan sekolah yang best,guru-guru yang happening n students yang nakal-nakal...hahaha

da hari terakhir nie maknanya banyak benda perlu disettle kan...sebenarnya aku nak share jugak lah pengalaman aku sebagai guru ganti nih...dah hampir 7 bulan aku jadi guru ganti (walaupun dalam tempoh yang singkat,tp banyak pengalaman tarbiyyah yang aku dapat),banyak benda yang aku dapat especially suasana persekolahan yang sebenar. sememangnya terlalu banyak yang manis untuk dikenang...
kadang-kadang aku terpikir gak,perkara yang pahit yang pernah kita lalui kebiasaannya akan menjadi manis apabila kita kenang di suatu hari nanti, insya ALLAH.......
tetiba terpikir,sedap pulak bila marah students yang x siap keje umah nie..hahahaha

apapun,kerja sebagai guru sangat mencabar....tak caya?korang kena caya...
sebab aku selalu dengar orang cakap..

"alah,jadi cikgu je kut....sekolah rendah plak tu,senang aje"
fuh!! seksanya seorang guru sekolah rendah nak ajar budak-budak nie...nak suruh diorang faham
....kita yang menangis dulu wei nak bagi diorang faham...
tapi bila pikir balik, aku yakin nie la sebahagian daripada tarbiyyah diri yang amat berguna untuk aku
kadang-kadang aku terfikir mak ayah zaman sekarang hanya tau kondem,komen,rungut,tuding jari kat sekolah aje kalau anak diorang tak pandai sedangkan pendidikan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa juga....
biar ibu bapa tau betapa seksanya nak mengajar,nak mendidik perangai diorang supaya jadi insan yang berguna...tapi sekarang ibu bapa hanya tau nak hentam cikgu aje.
aku cakap ni berdasarkan pengalaman kat sekolah dan pengalaman aku yang pernah jadi pelajar jugak dulu..
tapi...aku tetap tabik spring kepada muallim-muallim dan muallimah-muallimah nie,diorg tetap sabar dalam mendidik anak-anak yang masih baru nak mengenal dunia nie......

nasihat aku sebagai guru ganti yang bermasalah(hehehe), janganlah terlalu mengharapkan guru mendidik anak anda semata-mata sebab kanak-kanak nie ada macam-macam ragam yang perlu dikawal oleh guru...n kalau guru pukul setakat rotan di tangan,cubit tu sebenarnya hanyalah untuk mendidik sebab guru hanya nak murid belajar yang perkara tak baik tak perlu dibuat..
wallahualam..... 

p/s : nk ucap thanks kepada semua muallim n muallimah kerana sudi memberi tunjuk ajar     kepada diri saya tak berapa bijak nie mintak halal segala ilmu yg diberi,makan n minum... terima kasih semua,selamat maju jaya n semoga berjumpa lagi....

Monday 4 July 2011

KEPENTINGAN MENJALANKAN PERANAN....


Ramai yang tidak mengetahui bahawa berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walaubagaimanapun, masih ramai yang masih mahu menghindarkan diri dari aktiviti berdakwah kerana disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antaranya adalah merasakan dirinya masih belum lengkap untuk berdakwah. Ada juga yang berpendapat untuk berdakwah maka kita perlu menjadi seorang ustaz sehinggakan keakhir hayatnya tidak melibatkan diri dalam bidang dakwah. Mereka merasakan amalannya masih belum cukup dan mantap kerana diselaputi banyak kelemahan.


 Said bin Jubair pernah berkata : "Apabila manusia tidak mahu mengajak kepada orang kepada amar makruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran sehingga dirinya menjadi sempurna, tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada usaha ini." Malik bersetuju dengan cadangan ini dan menambah : "Siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?". Kita perlu tahu bahawa syaitan amat menyukai manusia yang terpedaya dengan sikap ini sehingga tidak ada manusia yang mahu mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran.



   

Sunday 3 July 2011

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari komuniti di Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang "terlalu hebat" dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana "potensi" yang ada pada diri mereka ini.

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis


bayi di palestin disanjung kerana syahid...

bayi di malaysia di campak bagaikan tiada harga.....

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.

remaja palestin berjihad dengan batu...


 Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

sedangkan remaja kita "berjihad" di kedai game...



Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

mati "di atas jalan yang lurus"....

 Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

permata yang berkilau sekalipun persekitaran yang berdebu...
palestine will be back again !!!!


Monday 25 April 2011

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,

Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,

Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,

Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,

Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,

Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,

Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Wednesday 20 April 2011

ABC or KFC ???




Sebelum anak-anak belajar ABC
Mereka sudah pandai mengeja KFC
Atau pun mereka sudah kenal McD
Makanan kegemaran satu famili
Dan iklan meluas fast food industry
Itulah satu faktor meningkatnya obesiti
Dan peningkatan penyakit diabesity
Penyakit diabetes disebabkan obesiti
Diabetes pada peringkat umur muda lagi


Sukan fizikal kurang disekolah dan kindy
Banyak main games kat PS2 dan PC
Itu banyak menggunakan senaman jari
Kurang sangat bersukan sebagai hobi
Main bola renang atau lumba lari
Melepak merupakan satunya aktiviti
Makan junkie sambil tengok tv dan movie


Ditambah pula makanan berlemak tinggi
Makan nasi lemak roti canai pagi-pagi
Kueh-mueh roti telur dan pulut inti
Nasi kandar dan nasi goreng di tengahari
Singgah Mc D order Big Mac and McFlurry
Mee goreng mamak dan sifu mee kari
Malam makan koay teow dan tandoori
Mee segera seperti Maggi dan Mamee
Dikantin dijual makanan tak berkualiti
Sotong ball nugget coke dan pepsi
Benda tu semua akan tersekat di arteri
Jangan hairan muda-muda dah mati
Walaupun mati ditentukan oleh Ilahi

Tukar diet bagi roti serat tinggi
Banyak makan sayur yang leafy
Buah-buahan yang banyak Vitamin C
Kuatkan antioksidan dan antibodi
Karbohidrat yang memberi energi
Telur setengah masak sekali sehari
Sumber protin yang murah dan asli
Asalkan bukan telur buatan sendiri
Lemak seperti ikan kod baru jadi brainy
Otak yang sihat dan ada jati-diri
Jangan bergantung kepada air jampi
Walaupun diendorse Ismail Dictionary
Untuk menguatkan otak dan memori
Makan protin soya dan Vitamin B
Anak yang sihat akan rajin studi
Anak yang obese pula banyak MC
Oleh itu biar dia kenal ABC sebelum KFC.

Sunday 13 March 2011

kelemahan umat Islam

Umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan mereka. Pelbagai idealisme yang bercanggah dengan Islam disuntik masuk ke dalam pemikiran mereka sehingga mengancam aqidah pegangan mereka. Antara yang terkini dan hangatnya ialah liberalisme dan pluralisme.
Liberalisme mengajak kearah kebebasan untuk berbicara dan bertindak sehingga melupakan keterikatan mereka dengan peraturan ALLAH. Pluraslisme menganggap semua agama adalah sama. Semuanya membawa ke syurga! Hasilnya umat islam kehilangan rasa izzah (bangga) dengan Islam yang dianuti. Kemuncaknya umat islam tidak merasa cemburu terhadap mereka yang berhasrat keluar daripada Islam.

Berita tentang umat Islam yang murtad langsung tidak membimbangkan hati mereka. Mereka lebih bimbang dengan makan dan minum mereka! Tanpa sedar kita diperbodohkan oleh media dengan hidangan pelbagai pertandingan dan peraduan sms.  Inilah yang dikatakan cinta dunia. Inilah penyakit umat akhir zaman.

Baginda pernah menggambarkan kepada para sahabat keadaan umat islam yang di ratah dan diserang dari segenap penjuru. Apabila ditanya oleh sahabat puncanya; adakah ia kerana bilangan umat yang sedikit? Baginda membalas; bukan kerana mereka sedikit, tetapi kerana mereka ditimpa penyakit WAHAN (lemah). Apabila ditanya; apa makna lemah? Baginda menegaskan : cintakan dunia dan takutkan mati.