Saturday 23 July 2011

CORETAN HATI SEORANG GURU GANTI....

hari ni jumaat,so maknanya nie hari terakhir aku kat sekolah ni...segala macam rasa ada sebab hari terakhir maknanya hari last jugak aku mengajar kat sekolah ni..rasa sedih jugak nak tinggalkan sekolah yang best,guru-guru yang happening n students yang nakal-nakal...hahaha

da hari terakhir nie maknanya banyak benda perlu disettle kan...sebenarnya aku nak share jugak lah pengalaman aku sebagai guru ganti nih...dah hampir 7 bulan aku jadi guru ganti (walaupun dalam tempoh yang singkat,tp banyak pengalaman tarbiyyah yang aku dapat),banyak benda yang aku dapat especially suasana persekolahan yang sebenar. sememangnya terlalu banyak yang manis untuk dikenang...
kadang-kadang aku terpikir gak,perkara yang pahit yang pernah kita lalui kebiasaannya akan menjadi manis apabila kita kenang di suatu hari nanti, insya ALLAH.......
tetiba terpikir,sedap pulak bila marah students yang x siap keje umah nie..hahahaha

apapun,kerja sebagai guru sangat mencabar....tak caya?korang kena caya...
sebab aku selalu dengar orang cakap..

"alah,jadi cikgu je kut....sekolah rendah plak tu,senang aje"
fuh!! seksanya seorang guru sekolah rendah nak ajar budak-budak nie...nak suruh diorang faham
....kita yang menangis dulu wei nak bagi diorang faham...
tapi bila pikir balik, aku yakin nie la sebahagian daripada tarbiyyah diri yang amat berguna untuk aku
kadang-kadang aku terfikir mak ayah zaman sekarang hanya tau kondem,komen,rungut,tuding jari kat sekolah aje kalau anak diorang tak pandai sedangkan pendidikan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa juga....
biar ibu bapa tau betapa seksanya nak mengajar,nak mendidik perangai diorang supaya jadi insan yang berguna...tapi sekarang ibu bapa hanya tau nak hentam cikgu aje.
aku cakap ni berdasarkan pengalaman kat sekolah dan pengalaman aku yang pernah jadi pelajar jugak dulu..
tapi...aku tetap tabik spring kepada muallim-muallim dan muallimah-muallimah nie,diorg tetap sabar dalam mendidik anak-anak yang masih baru nak mengenal dunia nie......

nasihat aku sebagai guru ganti yang bermasalah(hehehe), janganlah terlalu mengharapkan guru mendidik anak anda semata-mata sebab kanak-kanak nie ada macam-macam ragam yang perlu dikawal oleh guru...n kalau guru pukul setakat rotan di tangan,cubit tu sebenarnya hanyalah untuk mendidik sebab guru hanya nak murid belajar yang perkara tak baik tak perlu dibuat..
wallahualam..... 

p/s : nk ucap thanks kepada semua muallim n muallimah kerana sudi memberi tunjuk ajar     kepada diri saya tak berapa bijak nie mintak halal segala ilmu yg diberi,makan n minum... terima kasih semua,selamat maju jaya n semoga berjumpa lagi....

Monday 4 July 2011

KEPENTINGAN MENJALANKAN PERANAN....


Ramai yang tidak mengetahui bahawa berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walaubagaimanapun, masih ramai yang masih mahu menghindarkan diri dari aktiviti berdakwah kerana disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antaranya adalah merasakan dirinya masih belum lengkap untuk berdakwah. Ada juga yang berpendapat untuk berdakwah maka kita perlu menjadi seorang ustaz sehinggakan keakhir hayatnya tidak melibatkan diri dalam bidang dakwah. Mereka merasakan amalannya masih belum cukup dan mantap kerana diselaputi banyak kelemahan.


 Said bin Jubair pernah berkata : "Apabila manusia tidak mahu mengajak kepada orang kepada amar makruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran sehingga dirinya menjadi sempurna, tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada usaha ini." Malik bersetuju dengan cadangan ini dan menambah : "Siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?". Kita perlu tahu bahawa syaitan amat menyukai manusia yang terpedaya dengan sikap ini sehingga tidak ada manusia yang mahu mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran.



   

Sunday 3 July 2011

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari komuniti di Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang "terlalu hebat" dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana "potensi" yang ada pada diri mereka ini.

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis


bayi di palestin disanjung kerana syahid...

bayi di malaysia di campak bagaikan tiada harga.....

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.

remaja palestin berjihad dengan batu...


 Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

sedangkan remaja kita "berjihad" di kedai game...



Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

mati "di atas jalan yang lurus"....

 Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

permata yang berkilau sekalipun persekitaran yang berdebu...
palestine will be back again !!!!