Friday, 17 August 2012

pesanan imam hassan al banna

Apa yang ingin saya ketengahkan di sebalik ucapan saya ini ialah supaya saya dapat paparkan gagasan kamu di hadapan mata kamu kerana mungkin detik-detik yang mencabar sedang menanti kita. Mungkin kita akan dipisahkan. Ketika itu saya tidak lagi berpeluang untuk bercakap dengan kamu atau menulis kepada kamu.

Jadi saya berpesan agar kamu berikan perhatian betul-betul kepada ucapan saya ini. Ingatlah seboleh mungkin dan bersatu padulah. Setiap perkataan dalam ucapan ini mengandungi makna yang mendalam.

Wahai Ikhwan, kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang terbatas. Kamu adalah semangat baru yang mengalir di hati umat ini dan menghidupkan umat ini dengan al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah mengenali Allah. Kamu adalah suara yang berkumandang bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w..

Tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu adalah orang-orang yang memikul beban ini setelah semua manusia membelakangkannya. Jika kamu ditanya, ke arah manakah halatuju kamu? Jawablah, kami menyeru manusia ke arah Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.. Kerajaan adalah sebahagian daripada Islam dan kebebasan adalah salah satu hak yang wajib diberikan.

Jika kamu diberitahu ini adalah politik! Jawablah, ini adalah Islam dan kami tidak tahu wujudnya pemisahan itu. Jika kamu dituduh, kamu adalah penggerak revolusi. Jawablah, kami adalah penggerak kebenaran dan kesejahteraan. Kami yakini dan kami berbangga dengan kebenaran ini. Jika kamu menentang kami dan kamu halang jalan dakwah kami maka Allah telah benarkan kami untuk mempertahankan diri dan kamulah orang
yang membuat kekacauan dan kezaliman.

Jika kamu dituduh, kamu mendapat bantuan individu atau pertubuhan tertentu. Jawablah sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada
benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik. (Ghafir: 84)

Jika mereka terus bertindak jahat, katakanlah:
“Selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil. (Al-Qasas: 55)

Wahai Ikhwan,

Berimanlah dengan Allah, berbanggalah kerana kamu mengenali-Nya. Bergantunglah kepada-Nya dan letakkanlah harapan kamu kepada-Nya. Janganlah kamu takut kepada yang lain, tunaikanlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya.

Amalkanlah akhlak yang mulia dan berusahalah ke arah kesempurnaan. Mantapkanlah peribadi kamu. Berbanggalah kerana kemuliaan dan penghormatan yang Allah berikan kepada kamu sebagai orang yang beriman dan soleh.

Tatapilah dan pelajarilah al-Quran, kajilah sirah Rasulullah s.a.w., jadilah orang yang beramal bukan orang yang bercakap sahaja. Apabila Allah memberi hidayah kepada manusia, Dia akan pimpin mereka supaya beramal. Manusia yang diberikan hidayah tidak akan sesat kecuali setelah mereka sentiasa berdebat.

Pupuklah kasih sayang sesama kamu. Peliharalah sebaik-baiknya hubungan kamu kerana ia adalah rahsia kekuatan kamu dan teras kejayaan kamu. Bersabarlah hingga Allah menentukan kedudukan kamu dengan kaum kamu danAllah sebaik-baik penentu.

Dengar dan taatilah pemimpin kamu di ketika susah dan senang, rela atau terpaksa. pemimpin adalah simbol gagasan kamu dan penghubung antara kamu. Nantikanlah sentiasa bantuan dan kemenangan daripada Allah. Masanya pasti akan tiba.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Ar-Rum: 4-5)

Semoga Allah memberi taufik kepada saya dan saudara sekalian supaya kita dapat melakukan apa yang disukai dan diredai-Nya. Semoga Allah memimpin saya dan saudara sekalian ke arah jalan orang-orang yang baik dan mendapat petunjuk.

Semoga Allah anugerahkan kita hidup yang mulia dan bahagia. Semoga Allah menggolongkan kita sebagai seorang pejuang dan syahid. Sesungguhnya Allah adalah Pelindung dan Penolong yang terbaik

Petikan:
Himpunan Risalah – Imam Hassan Al Banna

Tuesday, 22 May 2012

kelebihan dakwah syaitan



1. Berdakwah dengan keyakinan yang sempurna.

2. Nishab dakwahnya 11 bulan dalam satu tahun.
Mereka tidak berdakwah pada bulan Ramadhan. Mereka tidak berdakwah di bulan ini bukan karena keinginan mereka, tetapi dilarang oleh Allah SWT.

3. Satu hati. Sesama dai kemungkaran tidak ada perpecahan, permusuhan, saling cela-mencela. Mereka bersatu pada agar tujuan mereka tercapai.

4. Berpengalaman dalam berdakwah. Mursyid dakwah mereka adalah Iblis. Iblis yang berpengalaman menggelincirkan Nabi Adam as. Iblis yang belajar langsung kepada Allah, bagaimana caranya menggoda manusia. Hanya hamba-hamba Allah yang IKHLASH saja yang tidak bisa digoda oleh Iblis dan semua turunannya.

5. Dakwahnya menjadi maksud hidup bukan sambilan dan bukan sarana untuk mencari harta.

Wednesday, 25 April 2012

penipuan yahudi...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka     minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

  Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

 Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

 Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi.Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..

~kopi&pastafromoranglain~

Sunday, 26 February 2012

bunga di syurga.....





alhamdulillah...sejak kebelakangan nie, agak banyak gak perkhabaran dari sahabat2 seperjuanganku
yang akan berbaitul muslim dan pengalaman aku sepanjang menghadiri walimah antara ikhwah n akhawat juga sgt mnarik seolah2 dipenuhi roh2 islami (mybe sbb barakah bile bernikah di atas jln dakwah kan....terasa mcm nk gak hehehehe).




 tapi...yg paling mnyedihkan apabila ade yg menganggap kahwin tu seolah2 sperti perkara mainan x kurang gak ade yg menganggap tujuan sebenar mereka kahwin itu hanyalah untuk menghalalkan hubungan yg haram (maksud aku bile couple tu kn haram, tp bile kahwin da jadi halal so x perlu risau lg ttg dosa kalo nk klr gi dating) sehingga ade yg langsung x ikut syariat yang telah ditetapkan dalam islam dalam surah Ar-Rum : 21


Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu perasaan kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir
                                                                                                                                           

 
                                                                                                                                            
 tapi x pela maybe sbb diorg masih x sedar lagi maksud sebenar kahwin tu (semoga allah mmberi mereka kesedaran tentang perkara nie...insya allah).

hanya sekadar inilah pesanan ku kepada mereka yang akan & teringin untuk berkahwin.......

Sekiranya benar,suara hati membisikkan sudah tiba masa untuk berBM,
beristikharahlah terlebih dahulu,agar bisikian itu adalah bisikan dari hati yang mengandungi nur iman,
Bertanyalah pada para masyaikh,atau paling tidak pada mereka yang memahami syariat,
agar tidak tersalah langkah,

Seandainya benar,dia yang menjadi pilihan dihatimu,
Maka sedarilah dirimu sebagai seorang muslim dan pilihlah jalan yang terbaik,
carilah perantara yang kamu yakini akan setiap khabar beritanya,

Apa sahaja selepas itu,berdoalah pada Allah untuk dikurna yang terbaik buatmu,
dan bertawakallah pada Allah, kerana Dialah sebaik-baik tempat berharap,
Semoga dengan ini,ia dikira sebahagian dari ibadah kita padaNya,
dan keikhlasan jualah penentu segalanya..

Semoga baitul muslim yang bakal dilalui menjadikan kita terus thabat dalam perjuangan ini........


p/s : sejak dua menjak nie hati jadi semakin "berbunga" la plk...hopefully dapat jodoh yang baik n membaikkan agar kelansungan dakwahku terus berjalan lancar....amin

Sunday, 15 January 2012

wahai manusia, bersyukurlah kepada allah...


 Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.
Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.
 
 

 Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam ? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

"katakanlah (wahai muhammad) : bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan umtukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehat ? apakah kamu tidak memperhatikan ?"(surah Al-Qashash : 72)




Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa ?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu ?

“... Dan amat sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba’, 34: 13)

“... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, 2: 243)

 Ramai orang yang semakin jauh daripada Allah setelah menikmati kesenangan bahkan menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya adalah kurniaan daripada Allah. Maka, marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
wallahualam....