Sunday 26 February 2012

bunga di syurga.....





alhamdulillah...sejak kebelakangan nie, agak banyak gak perkhabaran dari sahabat2 seperjuanganku
yang akan berbaitul muslim dan pengalaman aku sepanjang menghadiri walimah antara ikhwah n akhawat juga sgt mnarik seolah2 dipenuhi roh2 islami (mybe sbb barakah bile bernikah di atas jln dakwah kan....terasa mcm nk gak hehehehe).




 tapi...yg paling mnyedihkan apabila ade yg menganggap kahwin tu seolah2 sperti perkara mainan x kurang gak ade yg menganggap tujuan sebenar mereka kahwin itu hanyalah untuk menghalalkan hubungan yg haram (maksud aku bile couple tu kn haram, tp bile kahwin da jadi halal so x perlu risau lg ttg dosa kalo nk klr gi dating) sehingga ade yg langsung x ikut syariat yang telah ditetapkan dalam islam dalam surah Ar-Rum : 21


Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu perasaan kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir
                                                                                                                                           

 
                                                                                                                                            
 tapi x pela maybe sbb diorg masih x sedar lagi maksud sebenar kahwin tu (semoga allah mmberi mereka kesedaran tentang perkara nie...insya allah).

hanya sekadar inilah pesanan ku kepada mereka yang akan & teringin untuk berkahwin.......

Sekiranya benar,suara hati membisikkan sudah tiba masa untuk berBM,
beristikharahlah terlebih dahulu,agar bisikian itu adalah bisikan dari hati yang mengandungi nur iman,
Bertanyalah pada para masyaikh,atau paling tidak pada mereka yang memahami syariat,
agar tidak tersalah langkah,

Seandainya benar,dia yang menjadi pilihan dihatimu,
Maka sedarilah dirimu sebagai seorang muslim dan pilihlah jalan yang terbaik,
carilah perantara yang kamu yakini akan setiap khabar beritanya,

Apa sahaja selepas itu,berdoalah pada Allah untuk dikurna yang terbaik buatmu,
dan bertawakallah pada Allah, kerana Dialah sebaik-baik tempat berharap,
Semoga dengan ini,ia dikira sebahagian dari ibadah kita padaNya,
dan keikhlasan jualah penentu segalanya..

Semoga baitul muslim yang bakal dilalui menjadikan kita terus thabat dalam perjuangan ini........


p/s : sejak dua menjak nie hati jadi semakin "berbunga" la plk...hopefully dapat jodoh yang baik n membaikkan agar kelansungan dakwahku terus berjalan lancar....amin