Friday, 12 November 2010

KEMUSNAHAN KAABAH PADA AKHIR ZAMAN..
Terdapat beberapa hadith dan athar mengenai kemusnahan kaabah pada akhir zaman, antaranya :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kaabah akan dimusnahkan oleh Zul-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) dari Habsyah(kini Ethopia).
(al-Bukhari no.1591)

Daripada Ali r.a berkata : "Lakukanlah tawaf dirumah(kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang daripada melakukannya. Seolah-olah aku dapat melihatnya(seorang lelaki dari Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil menghancurkanya(kaabah) dengan cangkulnya".
(al-Fakihi,akhbar Makkah 1/194 no313(sanadnya sahih),
dan Fath al-Bari 3/358).

 Oleh Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: "seolah-olah aku dapat melihatnya, hitam dan berkaki tempang. Dia meruntuhkan batunya(Kaabah) satu persatu".
(al-Bukhari no.1595)

RUJUKAN: Solusi10 m/s 33

No comments:

Post a Comment