Monday 8 November 2010

GEJALA MURTAD : LEMAHNYA KERAJAAN...

Peritiwa Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987 merupakan TITIK TOLAK kepada dakyah TERANG TERANGAN Kristian setelah sekian lama BERSELINDUNG disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah MENDAKWA Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan MENYEBARKAN dakyah Kristian. Sehingga TARIKH dia DIBERKAS, ENAM orang ISLAM telah BERJAYA dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan UNDANG-UNDANG kebebasan beragama untuk MELEPASKAN DIRI dari lokap ISA. PEMIMPIN KRISTIAN melayu tersebut DIBEBASKAN sedangkan ramai PEJUANG-PEJUANG gerakan ISLAM Malaysia DITANGKAP atas alasan MENGGUGAT keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah GUGURNYA asy-Syahiid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya. Sekarang kita lihat DIMANAKAH KEADILAN? DIMANAKAH HAK ASASI umat ISLAM? Pendakwah KRISTIAN DIBEBASKAN dan Pemimpin ISLAM DITANGKAP tanpa bicara. ITUKAH keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta SETELAH kemerdekaan, ITUKAH nilai KEMERDEKAAN orang ISLAM?

Gambar 1: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42
.
BELUM HABIS dengan masalah Jeshua Othman, umat ISLAM di Malaysia DIKEJUTKAN pula dengan kes MURTAD NOR AISHAH BOKHARI, yang BERKAHWIN LARI dengan seorang pemuda BUKAN ISLAM (sila rujuk gambar 2). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?

Gambar 2 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum PERUNDANGAN ISLAM DIPORAK-PERANDAKAN oleh tangan-tangan KAFIR, sekarang kita dapat melihat bilangan yang BEGITU BANYAK umat Islam yang MENINGGALKAN SOLAT, dan inilah antara FAKTOR yang MELEBARKAN lagi gejala MURTAD di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa PERBEZAAN antara seorang MUSLIM dan seorang KAFIR dari segi amalannya ialah SOLAT. Jadi apakah BEZANYA di antara MUSLIM yang ENGGAN BERSOLAT dengan yang KAFIR? INILAH perkara PERTAMA yang umat Islam PERLU fikirkan SEBELUM kita bicarakan CARA-CARA menyekat gejala MURTAD....
wallahualam...

p/s : aku da bosan tengok saudara-saudara seislam aku yg murtad, COME ON la KERAJAAN, amik la ckt langkah yang PROAKTIF, BUKAN langkah yang HIPOKRIT.

No comments:

Post a Comment