Tuesday 12 October 2010

agak menyedihkan apabila melihat orang-orang islam masa kini yang lebih cenderung ke arah budaya kafir bahkan hampir tiada beza dengan budaya barat yang diadaptasi dari zaman jahiliyah. malahan tidak cukup setakat itu, hampir semua perkara dalam kehidupan seorang manusia bergelar islam menyerupai mereka. Dari aspek perbualan seharian hinggalah ke majlis keramaian dan majlis kematian, semuanya mengikut acuan masyarakat jahiliyah moden. Lebih menyayat hati apabila melihat orang-orang islam yang terdidik dan membesar dalam keluarga islam lebih dahsyat lagi mempromosikan maksiat serta perkara-perkara keji lagi hina dihadapan jiran mereka yang bukan beragama islam tanpa memikirkan apakah kesan negatif dari perbuatan tersebut. jika hal ini berlarutan maka tidak hairanlah agama islam ini sering disalah ertikan oleh sesetengah orang yang bukan islam sedangkan mereka belum lagi mengkaji kebaikan agama islam.
Ringkasnya, hampir setiap sudut dalam kehidupan kita terbukti bercanggah dengan apa yang diajar oleh agama islam. benarkah apa yang diperkatakan oleh nabi muhammad s.a.w pada 1400 tahun dahulu yang umat islam akan mengikuti jejak langkah yahudi dan nasrani sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sampai lubang biawak pun umat islam akan ikuti...
terserah sendiri untuk renungan pembaca..
wallahualam....

No comments:

Post a Comment