Friday, 22 October 2010

BAGAIMANA SAF KITA....






Al-Nu’man bin Bashir telah berkata :
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”
(Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan  al-Tarmidzi)

Daripada Abu Masud, katanya:
Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah.”
(Hadith Riwayat Muslim)



Senario masyarakat yang dapat  kita perhatikan pada saf-saf solat di masjid-masjid mahupun di surau-surau di sekeliling kita jauh sekali dari apa yang diperintahkan Rasul tercinta. Seringkali apabila solat berjemaah, kelihatanlah ruang-ruang antara bahu dan bahu dan kaki-kaki antara jemaah di sebelah seolah-olah solat sendirian. Perhatikan gambar yang dipaparkan di atas inilah realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada juga diperhatikan apabila dibentangkan sejadah maka sejadah itu hanya untuk dirinya.
 Jika jemaah di sebelah ingin rapat padanya, maka kelihatan rasa tidak puas hati terpamer di wajah. Mungkin rasa rimas apabila jemaah yang lain terlalu rapat dengannya. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.jika solat jemaah yang dilaksanakan tidak menepati apa yang diperintahkan Rasulullah bukankah sudah terputus saf solat dan akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah.

No comments:

Post a Comment