Thursday 28 October 2010

JIHAD KITA...







Lihatlah contoh perang Badar, Yarmuk dan lain-lain memberi gambaran akan teguhnya tugu keimanan orang Islam dan tidak gentar dengan musuh yang akhirnya membuktikan kemenangan adalah datang dari Allah. Cuba kita amati kata-kata Saidina Omar kepada tentera-tentera Islam …. “sesungguhnya kemenangan tentera Islam adalah disebabkan maksiat tentera musuh kepada Allah. Jika tidak, kita tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk menewaskan mereka. Kerana bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Oleh itu, jika taraf maksiat kita sama sahaja dengan mereka, mereka memilikki kelebihan kekuatan berbanding kita. Jika kita tidak mampu menewaskan mereka dengan kelebihan akhlak kita, kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita…”. Jangan sekali-kali kita lupa senjata taat, takwa, iman, doa dan semangat jihad.


Jika semangat jihad yang rapuh dan mudah kalah sebelum masuk gelanggang ini ditanamkan dalam diri dan jiwa umat Islam, maka amat mudahlah musuh-musuh Islam mengambil kesempatan. Kita mesti meniup semangat jihad dalam jiwa dari semua kalangan orang Islam dengan satu keyakinan – kekuasaan mutlak adalah milik Allah dan keyakinan teguh kita akan janji-janji Allah. Sekiranya semua manusia mengumpulkan balatentera yang ada di dunia ini, dan hendak menyerang kita tetapi jika tidak dibenarkan Allah, ia tidak akan berlaku.


Jangan biarkan muslihat Israel yang cuba mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka, kecederaan dan pembunuhan dahsyat anak-anak kecil, kelaparan dan kemusnahan, melemahkan semangat jihad kita dan yakin kita kepada Allah. Inilah yang mahu dilakukan oleh musuh Islam dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan muslihat mereka.
Bangunkan generasi ini menjadi generasi Al-Quran dan bangkitkan semangat jihad, tiupkan kata-kata peransang kepada anak-anak kita akan kehebatan Salahuddin Ayubi; semoga ada di kalangan mereka nanti yang akan bangkit seperti Salahuddin yang akan membebaskan al-Aqsa dan membebaskan pemikiran orang Islam dari belenggu kebaculan dan kerapuhan iman, Ameen!





No comments:

Post a Comment