Tuesday 19 October 2010

alahai PEROKOK....


 
Yusuf Qardawi dalam Fatawa Muasirat berkata, “Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum iaitu makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya.”
Oleh itu, kita perlu berusaha untuk membuang tabiat buruk ini atas beberapa sebab :
1. Rokok Adalah ‘Khabaith.’
2. Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan.
3. Rokok Memudaratkan Orang Lain.
4. Rokok Menyebabkan Pembaziran.
5. Rokok Menguntungkan Musuh.
6. Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya.

Realitinya, jika kita berkata kepada orang yang gemar merokok bahawa merokok itu mengancam nyawa mereka serta orang yang berada disekeliling nescaya mereka akan memberikan banyak alasan untuk meng'halal'kan rokok. Secara tidak langsung, perbuatan meng'halal'kan rokok itu telah menunjukkan bahwa dia sendiri menjadi duta kepada si pencipta rokok ini (siapa lagi kalo bkn si israel laknatullah)...
agak menggelikan juga hati apabila ada orang yang sering bercakap tentang palestin, nk gi berjihad kt palestin jika diberi peluang pastu nk kalahkan tentera israel akan tetapi still ade sebatang rokok yang melekat di mulutnya. Cuba kite muhasabah diri, sedangkan sekecil-kecil jihad (berhenti merokok, dll) pn kita tidak mampu untuk melakukannya inikan pula hendak berjihad dengan menggunakan senjata untuk berperang di palestin....
wallahualam....

No comments:

Post a Comment