Friday 15 October 2010


Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin semasa student, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita. Sebaliknya jika kita berkahwin dalam usia lanjut mungkin ada hikmah yang terkandung di dalamnya. Bila sebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunah. Mengapa perlu menidakkannya? Tak kira pada usia berapa pun, kita perlu menegakkan sunah itu.
Berkahwin waktu bergelar student...hmmm...tak de ape pun yg pelik pasal perkara nie, sebab da ramai da student-student yang buat..
pada pandangan saya,jika pasangan itu benar-benar bersedia utk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di samping mampu dari segi kewangan,kahwinlah walaupun ketika masih belajar...TETAPI..pastikan niat kita utk berkahwin itu betul..jangan semata-mata berkahwin utk menghalalkan hubungan suami isteri kerana sesungguhnya ikatan perkahwinan adalah lebih dari itu bahkan terlalu suci didalam agama islam..
tapi pesanan kepada mereka yang masih ragu-ragu akan kemampuan diri sendiri jika tidak mampu untuk menghadapi pro jangan berani-berani untuk menjengah kontranya....
menurut satu kajian, pasangan yg kahwin awal sewaktu bergelar pelajar biasanya lebih matang & bertanggungjawab berbanding pelajar2 lain yg single...mereka biasanya lebih serius dengan pelajaran & kurang membuang masa mlakukan perkara2 yg tdk berfaedah....
Dan yang lebih penting ialah mereka terhindar drpd terjebak dgn perkara2 maksiat yg amat berleluasa skrg ni, ini secara tak langsung akan membuatkan hati mereka terjaga dari terjebak dengan budaya barat seperti couple..
ada gak sesetengah orang yang menentang perkahwinan sewaktu bergelar pelajar especialy golongan ibu bapa dengan alasan seperti tak cukup matang la, sumber kewangan tak menentu,dan lain-lain lagi..
Sebenarnya positif atau negatifnya berkahwin sewaktu bergelar student ini bergantung kepada persepsi anda, jika anda memandangnya sebagai suatu perkara yang positif, sudah tentu ianya akan menjadi positif, begitu juga sebaliknya.Kesimpulannya sesuatu perkara itu akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan.
wallahualam...
p/s: tidak ada yang perfect di atas muka bumi nie selain dari allah, sebelum buat keputusan untuk kahwin buat la solat istikharah untuk memohon petunjuk,pastu buat la keputusan yang dirasakan terbaik..

No comments:

Post a Comment